Tuesday 30 June 2015

IKATAN BUNGA GETI PENGAKAP

IKATAN
BUNGA
GETI
(PENGAKAP)

SIMPULAN BUKU SILA

Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.


pasukan latihan negeri johor ;man


JENIS JENIS IKATAN TALI

IKATAN TALI





IKATAN TALI 

IKATAN TALI PENGAKAP






IKATAN TALI PENGAKAP

Image result for ikatan pengakap

Simpul Angka Lapan Bertanjul TKRS


IKATAN TALI PENGAKAP



Image result for JENIS IKATAN PENGAKAP

IKATAN TALI



IKATAN TALI TKRS...

Tuesday 16 June 2015




bendera pengakap


LAGU PENGAKAP
LOGO TKRS 



jenis-jenis lencana

SEJARAH PENGAKAP
Welcome graphic

WHO IS Robert Stephenson Smith Baden Powell
 
Robert Baden-Powell,
Founder of the World Scout Movement,
Chief Scout of the World

Sejarah Pengakap DuniaSejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukanpengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.



lencana pada baju pengakap

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


BAJU PENGAKAP LENGKAP


undang-undang pengakap 


Lencana wajib

Sejarah Pengakap

Sejarah PPM


Sedikit benar negara-negara di Asia yang telah membuat kemajuan yang begitu banyak dan dengan sebegitu cepat seperti Malaysia dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Masa-masa dahulu adalah masa yang menggembirakan, penuh dengan berbagai-bagai sukaran dan bahaya.
 Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh Lord Baden Powell.
 Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini.
 Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.
 Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff
SH590 SH591 SH592 SH593 SH594 SH595
Pahang adalah negeri yang pertama sekali dinegeri ini mengalu-alukan Pengakap apabila satu pasukan telah ditubuhkan di Pekan oleh Encik G. M. Laidlaw tetapi apabila dia mati satu apapun tiada dibuat beberapa tahun. Pengakap dihidupkan semula hanya dalam tahun 1927 oleh Encik H. R. Hertslet yang kemudiannya diikuti oleh Encik Wheeler dan Encik Frisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.
 Pengakap telah dimulakan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik yang masyhur iaitu Encik H. R. Cheeseman. Pasukan Pengakap yang pertama telah didaftarkan dalam tahun 1915 di Sekolah Free, Pulau Pinang. Sungguhpun telah difahamkan bahawa satu pasukan percubaan telah diadakan dari awal 1908 lagi. Pasukan Pengakap yang pertama sekali disekolah Melayu adalah dimulakan di Pulau Pinang.
 Encik Cheeseman adalah “nyawa Pergerakan” di Pulau Pinang dimana beliau telah memimpin Pergerakan itu selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada satu masa, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan semasa dalam jawatan itu dia telah memainkan peranannya yang penting dalam membina Pergerakan itu diseluruh negeri. Dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf dalam tahun 1927.
 Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain yang terkemuka di Pulau Pinang yang telah memberi perkhidmatan kepada Pergerakan ini ialah Allahyarham Encik S.M. Zainal Abidin, Encik Khoo Sim Teong, Encik Oon Hoot Ewe dan Encik Basha Merican. Kedua-dua Encik S. M. Zainal Abidin dan Encik Khoo Sim Teong yang menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah bagi Pulau Pinang dalam tahun 1930 telah mula sebagai rekrut dalam tahun 1915 dan 1916 masing-masingnya
SH1060  SH1062 SH1063 SH1064L1699 L1700
Encik S. M. Zainal Abidin juga telah memberi perkhidmatan yang baik dengan menterjemahkan buku-buku Pengakap kebahasa Melayu dan ini menggalakkan penubuhan banyak lagi pasukan-pasukan dalam sekolah Melayu diserata negeri. Mereka telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik kerana jasa-jasanya kepada Pergerakan.
 Orang yang bertanggungjawab pada mengembangkan Pengakap di Perak adalah Encik H. R. Hertslet, Pesuruhjaya Daerah bagi negeri itu. Dia telah dibantu oleh Encik Keir, dahulunya Nazir Sekolah-Sekolah di Perak, Encik L. R. Wheeler, Encik Ahmad Jalalludin dan Encik D. C. Doral.
 Encik L. R. Wheeler telah memulakan pasukan Pengakap yang pertama di Perak iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam tahun 1926 dan dalam tahun itu juga dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf sementara Encik D. C. Doral menerima Pingat Perhidmatan Baik dalam tahun 1930.
 Diantara sekolah-sekolah pada masa-masa yang awal, yang ada Pasukan Pengakap ialah Sekolah Anderson, Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah St. Michael kesemuanya di Ipoh dan Sekolah St. George di Taiping. Lebih banyak lagi pasukan-pasukan telah ditubuhkan dibandar-bandar yang lain di Perak dalam tahun dua puluhan iaitu tahun yang banyak penubuhan Pengakap di Malaysia.
 Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain terkemuka di Perak sebelum dan selepas Peperangan Dunia Yang Ke 2 ialah Encik Chong Wan Fook, Encik V. Arumukham, Encik Mangal Singh, Tuan Haji Abdullah bin Haji Mohd Salleh dan Encik F. G. H. Parry.
 Seorang lagi Pemimpin Pengakap tempatan yang terkemuka di Perak ialah Encik Abdul Kuddus bin Mohamed, di Maktab Latihan Sultan Idris, Tanjung Malim yang telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah. Dia telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik dalam bulan Januari Tahun 1948.
 Kedah mempunyai pasukan Pengakapnya yang pertama dalam tahun 1922. Banyak lagi pasukan-pasukan telah ditubuhkan dalam tahun-tahun yang berikut. Peneroka disni ialah Encik E. C. Hicks, Encik E. A. G. Stuart, Encik R. P. S. Walker dan Encik C. W. Bloomfield.
 Pengakap mula di Johor pada awal-awaltahun 1928 dengan kedatangan Encik H. R. Cheeseman dari Pulau Pinang. Dua pasukan mula-mula ditubuhkan di Maktab Inggeris Johor Bahru. Dengan persetujuan Encik F. C. Sands, seorang Pemimpin Pengakap dari Singapura iaitu Encik Abdul Hamid datang ke Johor Bahru pada tiap-tiap hari Khamis memberi latihan kepada mereka. Tidak berapa lama Pengakap merebak pula kelain-lain bandar dalam negeri itu iaitu di Muar, Batu Pahat dan Segamat.
 Johor adalah bernasib baiK dengan adanya sebilangan Pemimpin-pemimpin tempatan yang datang membantu perkembangan Pengakap dalam negeri itu. Diantara peneroka-peneroka yang awal ialah Encik M. C. M. Chill, Encik R. A. Logan, Encik Mohd Salleh bin Hassan, Encik Hans Raj, Encik Krishnan, Encik Chiang Mong Hoe, Encik Ng Ah Ow, Encik Abdul Wahid, Encik Hashim b Haji Ali, Encik Sivaguru Pillai dan Dato Syed Esa yang khasnya bertanggungjawab pada menubuhkan pasukan-pasukan Pengakap di sekolah-sekolah Melayu bersama-sama dengan Encik Shukor, Muar.
 Dato Syed Esa adalah diantara Pemimpin Pengakap yang mula-mula sekali dihantar ke Gilwell Park, England dan berkelayakan menjadi Timbalan Ketua Perkhemahan. Dia juga adalah Ketua Pesuruhjaya Negara Malaysia sebelum daripada bersara daripada mengambil bahagian cergas dalam Pengakap dalam tahun 1968.
L1702 L1703 L1704 L1705 L1706 L1707 L1708 L1710 L1711 L1712 RA1238 RA1239
 Pengakap bermula di Melaka dalam tahun 1925 dan dalam tahun itu juga Persekutuan Pengakap Melaka telah ditubuhkan dengan Encik R. Brunston menjadi Pesuruhjaya Daerahnya yang pertama.
 Apabila Encik Brunston pergi dalam tahun 1928, tempatnya diambil oleh Encik Fuller. Dalam tahun 1930 Encik R. P. S. Walker yang dahulunya di Kedah datang ke Melaka dan menjadi Pesuruhjaya Daerah.
 Diantara pemimpin-pemimpin tempatan yang telah memberi khidmat di Melaka ialah Encik B. P. Richards, Encik R. Sathasivam dan Encik Loh Hung Loon.
 Negeri Sembilan sebagaimana jirannya Melaka telah memulakan Pengakap dalam tahun 1925 dengan Encik Bird dan Encik Roger Smith sebagai Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah. Pada masa yang awal-awal berpengakap dinegeri itu, mereka yang berikut ini adalah orang kuat pergerakan itu – Major Neilson, Encik Gunn, Encik Nicol dan Encik Sundram. Lain-lain orang kuatnya ialah Encik O. E. Fernandez, Encik L. V. C. D’Souza, Kapten Mohamed Salleh bin Haji Suleiman, Raja Mohd Noordin, Encik Ngui Choon Jin, Encik E. M. F. Payne. Kesemuanya ini telah menerima Pingat Perkhidmatan Baik.
 Satu percubaan telah dibuat dari awal-awal tahun 1909 lagi untuk mengadakan Pengakap di Selangor tetapi tidak ada apa-apa kemajuan. Dalam tahun 1926 sahaja barulah Pergerakan itu terdiri dengan tetapnya dinegeri itu. Orang kuat Pergerakan itu dalam tempoh awal-awal dahulu ialah Encik Ameen Akbar. Yang lain-lain yang patut dipuji ialah Encik G. Barber, Encik B. E. Shaw, Encik C. G. Coleman, Encik H. S. Duncan, Encik E. S. Redfearn, Encik Sze Chan Chew, Encik Mohd Yusof bin Ahmad dan Kapten Mohamed Ali bin Mohamed.
 Dalam tahun 1918 Pasukan Pengakap Kanak-kanak Selangor yang pertama sekali telah ditubuhkan dengan Encik H. C. Chan dari Sekolah Victoria sebagai pemimpinnya.
 Apabila Persekutuan Tempatan Selangor ditubuhkan dalam tahun 1926, Encik J. R. Kellam telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Daerah dan Encik Ameen Akbar, Penolong Pesuruhjaya Daerah.
SH1065 L1701 SH1061 SH596RA1237 RA1241
 Terengganu telah memulakan Pengakap dalam tahun 1926 dibawah Encik A. J. Gracie. Kelantan dan Perlis adalah negeri yang terkemudiannsekali di Malaysia menubuhkan pasukan Pengakap. Yang terkemuka diantara pemimpin-pemimpin dinegeri-negeri ini ialah Raja Mohamed Zahid, Dungun. Tengku Ahmad Temenggong dan Tengku Mahideen daripada Kelantan. Mereka kesemuanya menerima Pingat Perkhidmatan Baik.
 Dalam tahun-tahun yang awal, Berpengakap di Perlis adalah dibawah kawalan Persekutuan di Kedah tetapi kemudiannya negeri itu ada Persekutuannya sendiri.
 Sandakan di Sabah, mempunyai Pasukan Pengakap yang pertama di Malaysia Timur dalam tahun 1913 dan Pergerakan itu mengambil masa lebih 9 tahun untuk mendapatkan pengikut-pengikut dan pembantu-pembantu dibandar-bandar yang lain dinegeri itu.
 Berpengakap telah muncul di Sarawak dalam tahun 1915 tetapi berhenti bergerak dalam tahun-tahun dua puluhan. Percubaan kedua telah dibuat dalam tahun-tahun tiga puluhan dan semenjak itu Pergerakan telah subur dengan adanya.
 Sebelum Malaysia merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Kawasan Malaya, mewakili Pergerakan dinegeri ini dengan tiap-tiap sebuah negeri debagai daerah Pengakap.
 Selepas Peperangan Dunia Yang Kedua, pendirian itu telah disusun semula dengan Malaya dan Singapura menjadi dua cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain.
Dengan susunan semula itu, tiap-tiap  negeri menjadi satu pertubuhan yang terdiri dari beberapa Daerah Pengakap, tiap-tiap daerah ada Persekutuan-persekutuan Tempatannya.
 Badan kebangsaan sekarang terkenal sebagai Persekutuan Budak-budak pengakap Tanah Melayu telah menjadi satu badan yang berasingan dan bebas, dan menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia pada 1hb September 1957.
 Dengan wujudnya Malaysia, Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah berhenti menjadi cawangan-cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain.
 Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia telah ditubuhkan dalam bulan November 1964 dengan dengan Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah menjadi cawangan-cawangannya.
 Walau bagaimana pun, apabila Singapura berpisah daripada Malaysia dalam bulan Ogos 1965, Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura berhenti daripada menjadi cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.
 “Rumah B. P.” di Jalan Davidson, Kuala Lumpur adalah Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.
 “Rumah B. P.” yang telah dibina dengan harga $150,000 telah dibuka dengan rasminya pada 5hb Januari 1957 adalah peristiwa yang penting sekali diadakan kerana merayakan 50 Tahun Kejayaan Pengakap Sedunia.
 Dia juga adalah nadi bagi gerakan-gerakan Pengakap diseluruh negara dan satu perhubungan yang kekal diantara Pengakap-pengakap di Malaysia dan diseberang laut, ada seorang Pesuruhjaya Kerja Kebangsaan yang bekerja sepenuh masa.
 Disinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan gerak kerja Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang ada cawangan-cawangannya disegenap pelusuk negeri ini.
Sumber maklumat sejarah dipetik dari buku Undang-undang & Persetiaan terbitan 1965 yang disunting oleh J. Victor Morais, S.B.St.J
Segala imej adalah hakmilik Jabatan Penerangan Malaysia
All informations were taken from the book The Law & Promise published at 1965 edited by J. Victor Morais, S.B.St.J
All images were belong to Malaysian Department of Information